600 ahli Warisan Cabang Sepanggar keluar parti

Iklan
Raisa Abd Ghaffur

KOTA KINABALU - Seorang pemimpin sayap wanita Parti Warisan Sabah (Warisan) Cabang Sepanggar mendakwa lebih 600 ahli di cabang itu keluar parti bersama-sama beliau hari ini.

Ketua Wirawati Warisan Sepanggar Raisa Abd Ghaffur juga mendakwa keputusan itu menyebabkan sembilan daripada 81 cawangan di cabang berkenaan ditutup.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada pemberita di sini, Raisa berkata, mereka bertindak keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan cabang yang diterajui oleh Datuk Azis Jamman.

Tindakan ini diambil atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, katanya. - Bernama

Iklan
Iklan