LUNDU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam jenayah pemerdagangan manusia.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ketika ini pihak polis masih lagi menyiasat dan melihat secara agresif untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dan menjadi tali barut.