Kerajaan benar upacara perkahwinan penganut bukan Islam

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan membenarkan upacara perkahwinan bagi penganut bukan Islam dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Iklan
Iklan

"Kebenaran ini bagi upacara perkahwinan bukan Islam di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam yang melibatkan penolong pendaftar perkahwinan yang dilantik di bawah Seksyen 28, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Akta 164).

"Upacara perkahwinan ini tidak boleh melebihi 20 orang (termasuk penolong pendaftar perkahwinan) dan tertakluk kepada kapasiti rumah ibadat atau persatuan agama bukan Islam serta jarakkan sosial," katanya dalam satu kenyataan akhbar Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-96 dan Hari Ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Iklan

Beliau menegaskan, upacara perkahwinan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Majlis resepsi perkahwinan masih tidak dibenarkan untuk diadakan," katanya.

Iklan