13 samseng jalanan 'berpesta' ditahan
Iklan
Azman membuat pemeriksaan ke atas penunggang motosikal yang ditahan.
KAJANG – Seramai 13 samseng jalanan ditahan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor dalam Operasi Bersepadu di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan Sungai Besi ke Tol Bangi, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintenden Azman Shari'at berkata, kesemua individu itu ditahan kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Iklan
Iklan
"Kita juga telah mengeluarkan sebanyak 453 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya pada sidang media, di sini.
Azman berkata, seramai 247 individu dan 239 buah kenderaan diperiksa dalam Operasi Bersepadu yang bermula pada jam 11 malam hingga 6 pagi.
Iklan
"Hasil semakan dan pemeriksaan kita mendapati dua individu positif dadah dan satu lagi individu menggunakan motosikal curi yang dilaporkan hilang di Seri Muda, Shah Alam,” katanya.
Kesemua individu yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>