Sistem parkir tanpa tunai, Menara PT80 dilaksanakan hari ini

Iklan
Notis pemakluman sistem operasi tempat letak kereta di Menara PT80 yang dikeluarkan DBKL hari ini.

KUALA LUMPUR - Sistem letak kereta tanpa tunai menggunakan Touch n Go di Menara PT80, Pusat Perdagangan Lorong Bunus di sini mula dilaksanakan hari ini.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi notis pemakluman di Facebook rasminya hari ini menjelaskan, pengguna akan menikmati parkir percuma sehingga 5 Julai.

Iklan
Iklan

"Caj parkir akan mula dikenakan sepenuhnya selepas 6 Julai mengikut kadar maksimum sehari sebanyak RM15.

"Tempat letak kereta ini beroperasi selama 24 jam dengan kadar RM3 bagi sejam pertama dan tambahan RM1 bagi jam berikutnya," memetik kenyataan itu.

Iklan
Iklan