Mat Sabu ikrar partinya rampas kembali mandat rakyat pada PRU14
Iklan
Mohamad Sabu
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) bertekad untuk merampas kembali mandat dan hak rakyat yang diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang berlangsung hari ini, perkara itu antara inti pati yang dibincangkan termasuk iltizam parti untuk terus mempertahankan PH.
Iklan
Iklan
Tegasnya, menjadi tanggungjawab PH khususnya Amanah bersama gabungan pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad serta Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk berusaha mengambil semula mandat tersebut bagi meneruskan usaha mentadbir negara antaranya menjunjung keutuhan integriti, menjamin dan membentuk ekonomi mapan, melawan rasuah serta mewujudkan keharmonian antara kaum dan agama.
"Amanah amat mengambil berat kegelisahan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditubuhkan tanpa mandat rakyat dan membelakangkan amalan urus tadbir baik seperti mengabaikan fungsi dan peranan Parlimen sebagai institusi semak dan imbang negara terutamanya dalam perbelanjaan dana awam.
Iklan
"Lebih membimbangkan pembebasan beberapa individu yang terkait dengan urusan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berskala besar baru-baru ini yang menimbulkan tanggapan campur tangan politik dalam institusi kehakiman," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, ia juga menimbulkan tanggapan akan berlaku pembebasan individu-individu lain yang sedang didakwa dan juga penularan amalan rasuah.
Iklan
"Begitu juga, amalan memperalatkan kedudukan dan jawatan sebagai habuan untuk meraih sokongan Ahli-ahli Parlimen akan menyebabkan kepentingan institusi-institusi negara terjejas.
"Salah guna institusi penguatkuasaan dan perundangan untuk mendakwa dan memberikan tekanan terhadap pemimpin pembangkang juga dilihat menjadi amalan baharu kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku pilihan raya mengejut (snap election) dalam masa terdekat.
"Amanah menggesa semua parti komponen PH untuk mempersiapkan jentera pilihan raya masing-masing pada kadar segera," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.