SPRM lancar bilik gerakan PRK N23 Dun Chini

Iklan
Bilik gerakan SPRM dilancarkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Chini.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

SPRM memaklumkan bilik gerakan PRK N23 Chini itu ditempatkan di dua lokasi iaitu di Kompleks SPRM Pahang Peti Surat 6000, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan yang beroperasi pada waktu pejabat dan Pejabat Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Chini Satu, 26690 Pekan beroperasi 24 jam.

Iklan
Iklan

"Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui talian Hotline PRK Chini 013-5485988/09-5716000 atau e-mel kepada prkchini@sprm.gov.my.

"Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11).

Pada PRU14 yang lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405 undi) dan Mohamad Razali Ithnain dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meraih 1,065 undi.

Iklan