Hala tuju PH tidak terjejas walaupun PKR pilih Anwar
Iklan
SHAH ALAM - Pemimpin DAP menyifatkan keputusan mesyuarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memutuskan memilih Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Harapan (PH) tidak menjejaskan hala tuju gabungan parti itu.
Pemimpin terbabit, Charles Anthony Santiago berkata, ini kerana keputusan muktamad menentukan siapa menjadi Perdana Menteri termasuk keputusan penting yang lain hanya diputuskan oleh pimpinan PH secara bersama kelak.