Asmah wanita tunggal pembuat wau
Iklan
Nor Asmah sedang menyobek (mengukir) wau helang sebelum dilekatkan pada rangka wau selepas ditempah oleh pelanggannya di Kampung Tok Kaya, Kuala Perlis. -Foto Bernama
KUALA PERLIS - Kira-kira 20 tahun lepas, Nor Asmah Daud dari Ipoh, Perak sanggup datang ke Kampung Tok Kaya dekat sini semata-mata ingin mempelajari teknik pembuatan wau daripada Adiguru Kraf Wau, Samat Man atau lebih dikenali sebagai Pak Non, seorang yang tidak asing dalam pembuatan wau di Malaysia.
Nor Asmah, 45, berkata, dia mengambil masa kira-kira setahun mempelajari teknik membuat wau sobek iaitu wau tradisional diperbuat daripada kertas daripada Pak Non yang juga bapa mentuanya dan kini mampu membuat wau sendiri.
Iklan
Iklan
"Dalam menghasilkan wau sobek, pembuat wau perlu mempunyai daya kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk menyiapkan ukiran yang boleh mengambil masa sehingga sebulan bergantung kepada saiz dan jenis wau yang ditempah,” katanya di sini baru-baru ini.
Ibu kepada tujuh anak itu merupakan satu-satunya pembuat dan pelayang (pemain) wau wanita profesional di negara ini.
Iklan
Ditanya mengapa begitu berminat dengan wau, Nor Asmah berkata, dia bukan hanya tertarik kepada kehalusan corak ukirannya, tetapi juga ciri-ciri kelembutan yang terdapat pada wau apabila ia terbang ke udara.
"Bila melihat keindahan dan kelembutan wau terbang, ia memberi ketenangan kepada diri dan hati saya terus terpaut dengannya,” katanya yang gemar melayangkan wau lang dan wau merak.
Iklan
Nor Asmah yang kini menetap di Kampung Tok Kaya berkata, beliau meminati ukiran motif daun kacang dan lada hitam dalam menghasilkan wau sobek.
Dalam pada itu, Nor Hasmah berharap lebih ramai kaum wanita berminat untuk mempelajari teknik membuat wau memandangkan warisan tersebut semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini.
"Saya bersedia memberi tunjuk ajar kepada wanita agar dapat berkongsi minat yang sama,” katanya yang memasang impian untuk menjadi Adiguru Kraf Wau seperti Pak Non satu hari nanti.
Sementara itu, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, Ahmad Said berkata, pihaknya akan mendaftarkan Nor Asmah dan suaminya Amran Samat sebagai pelapis pembuat wau di negeri ini selain anak-anak murid Pak Non agar warisan itu dapat diteruskan. -Bernama
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.