Negeri Sembilan benarkan majlis akad nikah bermula 22 Jun
Iklan
Aminuddin Harun
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di rumah, premis persendirian atau tempat awam bermula 22 Jun ini, tertakluk kepada syarat dan peraturan.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bagaimana pun, semua pihak perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi penguatkuasaan berhubung kawalan penularan wabak penyakit dan aspek keselamatan yang lain.
Iklan
Iklan
Katanya, sebelum majlis berlangsung, pemohon perlu menyemak dan meneliti garis panduan majlis akad nikah dan perkahwinan orang Islam di Negeri Sembilan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Pemohon perlu peka dan sentiasa mengikuti garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sebelum memohon dan melaksanakan majlis akad nikah di rumah atau mana-mana premis.
Iklan
"Bagi memudahkan pemohon dan ahli keluarga, segala garis panduan itu boleh dirujuk di laman web JHEAINS secara dalam talian dan perlu dipatuhi tanpa gagal," katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.
Antara syarat yang ditetapkan ialah jumlah kehadiran tetamu di premis persendirian tidak melebihi 20 orang manakala bagi yang mengadakan majlis akad nikah di pejabat agama Islam daerah, tetamu tidak melebihi 10 orang termasuk pasangan pengantin serta jurukamera.
Iklan
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak digalakkan hadir kecuali wali kepada pengantin perempuan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>