Positif Covid-19 selepas main selimut rakan

Iklan
Kanak-kanak menjalani saringan kesihatan. - Foto Mirror.UK

BEIJING - Seorang kanak-kanak lelaki di China disahkan positif koronavirus (Covid-19) selepas dipercayai bermain selimut milik seorang kanak-kanak perempuan yang dijangkiti wabak itu.

Laporan daripada Mirror UK memberitahu, kanak-kanak lelaki yang berusia dua tahun itu dipercayai dijangkiti selepas ibunya yang juga seorang guru tadika membawanya ke kelas.

Iklan
Iklan

Setibanya di sana pada 11 Jun, mangsa menghabiskan masanya selama 10 minit untuk bermain dengan selimut kepunyaan salah seorang pelajar perempuan di tadika berkenaan yang telah dijangkiti Covid-19.

Malangnya, beberapa hari selepas itu kanak-kanak lelaki terbabit sudah menunjukkan simptom wabak termasuk mengalami demam ringan.

Iklan

Pada 15 Jun 2020, Suruhanjaya Kesihatan Provinsi Hebei mengesahkan mangsa sudah dijangkiti Covid-19.

Menurut media tempatan, kanak-kanak perempuan yang berusia enam tahun iaitu pemilik selimut berkenaan merupakan antara empat ahli keluarga yang disahkan positif pada 14 Jun.

Iklan

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu bersama ibunya dijangkiti daripada bapa dan neneknya yang bekerja sebagai pembekal di Pasar Xinfadi yang terletak di daerah Fentai Beijing.