Lelaki kejang otot atas pokok jering
Iklan
Anggota bomba berusaha membawa turun mangsa yang terlekat di atas pokok jering pagi tadi. Foto: Ehsan Bomba
JELI - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih satu jam di atas pokok jering akibat kekejangan otot dalam kejadian di Kampung Berdang di sini pagi tadi.
Mangsa, Mohd Zamzul Azmi Mohamad, 42, berkata, beliau memanjat pokok jering setinggi sembilan meter berdekatan rumah selepas mereka sekeluarga teringin menikmati jering.
Iklan
Iklan
"Pada mulanya tidak ada masalah, selang beberapa minit kemudian kaki saya kejang, nasib baik kakak saya ada di bawah dan dia terus menghubungi bomba,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Mangsa terpaksa menahan sakit lebih sejam sebelum diselamatkan anggota bomba. Foto: Ehsan Bomba
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.37 pagi dan enam anggota yang diketuai Nor Azman Sulaiman bergegas ke lokasi kejadian.
Iklan
"Setelah sampai anggota mendapati lelaki berkenaan berada di atas pokok berada dalam keadaan lemah.
"Anggota bomba kemudiannya menurunkan mangsa dalam keadaan selamat dalam tempoh setengah jam,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>