11 ahli PKR Sabah isytihar keluar parti

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

PUTATAN - Sekumpulan 11 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang parti itu hari ini mengisytiharkan keluar daripada PKR.

Kumpulan yang diketuai Datuk Nani Sakam yang juga bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah turut mendakwa ribuan penyokong masing-masing menyertai mereka keluar daripada PKR.

Iklan
Iklan

Nani dalam sidang akhbar ketika mengisytiharkan perkara itu berkata, mereka mengambil keputusan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR Sabah yang diketuai Datuk Christina Liew.

Menurutnya, kumpulan berkenaan belum menentukan hala tuju perjuangan politik selepas ini.

Iklan
Iklan

Beberapa anggota polis turut berada di lokasi sidang media itu bagi memantau keadaan. - Bernama