Lelaki cabul kanak-kanak ditahan

Iklan
Mangsa mengalami ‘soft tissue injury’ pada kelopak mata sebelah kanan dan terdapat kesan calar pada bahagian muka mangsa.

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Kovil di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, lelaki berusia 24 tahun itu merupakan kenalan keluarga mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian berlaku di bahagian belakang sebuah rumah ketika kanak-kanak berusia 11 tahun berada seorang diri.

"Suspek ketika itu dalam keadaan mabuk dikatakan telah meminta air minuman daripada mangsa namun selepas minuman diberikan lelaki itu kemudiannya menutup mulut dan mengheret mangsa kira-kira lima meter dari rumah.

Iklan

"Suspek telah menyerang mangsa dengan cara menggigit mukanya dan mangsa cuba melawan untuk melepaskan diri.

"Ketika pergelutan itu, suspek turut meraba kemaluan mangsa menyebabkan kanak-kanak itu menjerit sebelum kejadian itu disedari oleh neneknya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Shafee berkata, suspek yang cemas telah melarikan diri dan akibat kejadian itu mangsa mengalami luka di muka dan sakit badan.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dan hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami ‘soft tissue injury’ pada kelopak mata sebelah kanan dan terdapat kesan calar pada bahagian muka mangsa.

"Pemeriksaan oleh oleh Pakar Bahagian Kanak-Kanak mendapati tiada sebarang kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

"Mangsa kini di tahan di Hospital Seberang Jaya untuk pemantauan lanjut," katanya.

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek pada Khamis lalu untuk siasatan lanjut.

Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau termasuk kesalahan dadah dan kini direman bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14(b) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dijalankan.