Konvoi motosikal dirempuh lori

Iklan
Salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian rempuhan berkenaan.
LEMBAH BERINGIN - Sekumpulan konvoi motosikal dirempuh sebuah lori di Kilometer 405 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah Utara, di sini, hari ini.

Rempuhan kira-kira jam 10.30 pagi itu menyebabkan seorang peserta konvoi dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara enam parah dan tujuh lagi cedera.

Salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian rempuhan berkenaan.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Mohd Rizal Buang berkata, 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

Menurutnya, rawatan awal kecemasan kepada mangsa sedang dilakukan sebelum dibawa ke Hospital Tanjung Malim dan Sungai Buloh.