Guru mengaji rugi lebih RM260,000 ditipu 'Pos Laju'
Iklan
M Zambri Mahmud
KUALA TERENGGANU - Seorang guru mengaji mengalami kerugian lebih RM260,000 akibat terpedaya dengan sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon daripada kakitangan 'Pos Laju'.
Mangsa wanita berusia 59 tahun itu ketakutan selepas menerima panggilan telefon mendakwa ada melakukan pengeposan barang ke Sabah tetapi terpaksa ditahan selepas dikenalpasti barang dipos disyaki barang kes yang digunakan untuk jenayah pengubahan wang haram dan akan ditangkap dalam masa terdekat.
Iklan
Iklan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, kejadian berlaku selepas mangsa menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali memperkenalkan diri dari ibu pejabat Pos Laju, pada 27 Mac lalu.
Menurutnya, mangsa dimaklumkan ada membuat pengeposan barang Pos Laju dari Sepang ke Sabah bertarikh 23 Mac sebelum talian disambungkan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis berpangkat Sarjan dari Bahagian Siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Iklan
"Mangsa mendakwa dimaklumkan suspek yang barang dipos menggunakan nama dan kad pengenalannya ditahan di Sabah tetapi mangsa memberitahu yang dia tidak pernah membuat sebarang pengeposan barang pada tarikh berkenaan.
"Meskipun dinafikan, suspek tetap berkeras menyatakan mangsa yang mengepos bungkusan mengandungi kad pengenalan, lapan keping kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan satu buku cek atas namanya sebelum memaklumkan yang dia akan dituduh kerana kesalahan pengubahan wang haram.
Iklan
"Suspek turut memaklumkan mangsa akan dibawa ke Sabah kerana perintah penangkapan selama 45 hari untuk siasatan dan pembekuan aset-aset pengubahan wang haram tetapi dia diberi peluang untuk membuat rayuan agar siasatan dibuat kepada orang lain terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
M Zambri berkata, tanpa sempat menyatakan persetujuan untuk membuat rayuan, talian terus disambungkan lelaki memperkenalkan diri sebagai Inspektor 'Tuan Zaki' yang memaklumkan mangsa akan ditangkap sebelum talian disambung lagi kepada seorang lelaki perkenalkan diri sebagai 'Tuan Muktar'.
"Seterusnya 'Tuan Muktar' memberitahu sekiranya mangsa memang tidak terlibat dengan pengubahan wang haram bersama seorang lelaki Cina dikenali 'Chan Boon Siew', mangsa perlu diikat jamin oleh seorang anggota polis berpangkat 'Sarjan' terlebih dahulu.
"Selain itu, 'Tuan Muktar' memohon akaun sementara milik mangsa kononnya untuk diaudit oleh pihak mahkamah bagi memastikan memang mangsa tidak terlibat dengan jenayah tersebut.
"Mangsa tanpa berfikir panjang disebabkan terlalu takut selain ingin membersihkan namanya sanggup menyerahkan semua nombor akaun bank miliknya termasuk kata laluan (nombor pin)," katanya.
Jelas M Zambri, bagaimanapun, pada Sabtu lalu, mangsa yang memindahkan semua wang simpanannya ke dalam sebuah akaun bank sahaja selepas menyerahkan maklumat bank itu kepada suspek sebelum ini baru menyedari baki simpanannya berkurang lebih RM260,000.
Jelasnya, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal