PUTRAJAYA - Malaysia Airports telah mengambil tindakan tatatertib ke atas seorang petugas Keselamatan Penerbangan (AVSEC), susulan laporan berhubung kelakuan biadab petugas itu terhadap penyanyi, Nourul Wahab, ketika cuba memasuki terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar ibu bapa mentuanya, Sabtu lepas.
"Malaysia Airports tidak akan membiarkan begitu sahaja sikap biadab mana-mana kakitangannya," kata syarikat pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini.