Syed Ali dilantik pengerusi baharu PPZ-MAIWP
Iklan
Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee
KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa pada Jun 2020.
Beliau menggantikan Datuk Che Mat Che Ali yang telah tamat perkhidmatan pada 31 Mei lepas, demikian menurut kenyataan PPZ-MAIWP.
Iklan
Iklan
Syed Ali, 58, sebelum ini menyandang jawatan penting di beberapa syarikat berkaitan kerajaan seperti Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah Technology Park Malaysia.
Beliau yang berkelulusan Diploma dalam Kepimpinan dan Pengurusan dari New Zealand Institute of Management, juga aktif dalam bidang sosial.
Iklan
Iklan
"PPZ-MAIWP yakin Syed Ali dapat memikul amanah dalam menyebarluaskan dakwah zakat dan seterusnya meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan pada setiap tahun," kata kenyataan itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>