Maut dihempap dahan ketika tebang pokok

Iklan
Mangsa maut selepas dihempap dahan pokok ketika melakukan kerja penebangan di Bandar Botanik, Klang, semalam.

KLANG - Seorang lelaki warga Bangladesh maut dihempap dahan pokok ketika melakukan kerja penebangan di Bandar Botanik di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit pada jam 2.25 petang selepas menerima panggilan daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Andalas.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal, kejadian berlaku semasa mangsa sedang melakukan kerja penebangan pokok di tempat kejadian.

"Mangsa dihempap oleh salah satu dahan yang dipotong dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan leher sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Menurutnya, anggota bomba membantu membawa turun mayat mangsa berusia lingkungan 30-an.

"Mangsa ialah pekerja am dan diupah pemilik rumah untuk melakukan kerja memotong dahan pada hari kejadian.

Iklan

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat," katanya.