PETALING JAYA – Seramai lima individu termasuk empat wanita warga asing disyaki menjalankan aktiviti urut tanpa lesen yang sah diberkas dalam serbuan di sebuah premis di Kota Damansara, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan seorang lelaki berusia 44 tahun di tepi jalan di Kota Damansara pada jam 8 malam.