KUALA LUMPUR - Mulai esok semua kaunter semakan, pembayaran saman serta pembekalan dokumen berkaitan kemalangan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara akan dibuka kepada orang ramai.
Menurut JSPT Bukit Aman, kaunter akan dibuka pada Isnin hingga Khamis bermula dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bagi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan).