Wanita maut tercampak sebelum dilanggar kereta lain
Iklan
HULU SELANGOR – Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kereta dinaikinya yang terbabas sebelum dilanggar kenderaan lain dalam kejadian di kilometer 426 Lebuh Raya Utara Selatan, Bukit Tagar menghala ke Bukit Beruntung awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarruddin berkata, dalam kemalangan berlaku jam 1.06 pagi itu, mangsa maut, Siti Khadijah Ab Rahim, 33, bersama suami dan anaknya menaiki kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.