Rayuan Geran Khas Prihatin boleh dibuat sebelum 15 Jun: LHDN
Iklan
PUTRAJAYA - Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan boleh membuat permohonan rayuan sebelum atau pada 15 Jun melalui portal GKP.
Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, permohonan rayuan akan diberikan pertimbangan sewajarnya dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun.