Pasar pagi, pasar malam, bazaria di Selangor dibuka berperingkat
Iklan
SHAH ALAM - Pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria di Selangor akan beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) kekal menjadi rujukan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan pengoperasian kesemua jenis pasar terbabit namun akan disesuaikan serta diselaras oleh pihak berkuasa tempatan mengikut piawaian strategik di kawasan masing-masing.