KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban serta solat sunat Hari Raya Aidiladha semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata, SOP itu kini dalam proses penambahbaikan termasuk mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.