Sistem perbankan BSN tergendala
Iklan
KUALA LUMPUR - Sistem perbankan BSN yang melibatkan perkhidmatan kaunter di cawangan, ATM, CDM, MEPS, MyBSN dan Ejen Bank BSN (EB BSN) kini tergendala dan sebarang transaksi perbankan tidak dapat dilakukan pada masa ini.
Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani dalam kenyataan hari ini berkata, BSN sedang meneliti perkara itu dan berusaha untuk membaik pulih keadaan bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi perbankan seperti biasa.