Tiada lagi sekatan jalan raya, PDRM tumpu pematuhan SOP di kawasan awam
Iklan
PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menumpukan pemantauan kepada pematuhan prodesur operasi standard (SOP) di premis-premis perniagaan dan kawasan awam selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama PDRM akan menarik balik sekatan jalan raya rentas sempadan negeri.