Pusat Transit Gelandangan dibina di Johor Bahru
Iklan
Zaiton ( kanan) menyampaikan cenderamata kepada Mohamad ( kiri) dan Mohd Radzi ( tengah) pada majlis penutupan penempatan sementara gelandangan di Kem Wawasan Gunung Pulai, Kulai hari ini.
KULAI - Sebuah Pusat Transit Gelandangan akan dibina di Johor Bahru sebagai usaha menyelesaikan isu gelandangan di bandar raya itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail berkata, pembinaan pusat terbabit merupakan satu keperluan bagi memberi pelindungan sementara kepada mereka yang tiada tempat tinggal.
Iklan
Iklan
Katanya, perbincangan telah diadakan bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru ( MBJB) bagi memastikan Pusat Transit Gelandangan pertama di negeri ini dapat dibina.
"Tapak lokasi bangunan Pusat Transit Gelandangan di Johor Bahru telah dikenalpasti. Malah lakaran bangunan juga sudah ada. Kebanyakan gelandangan berada di Larkin dan kawasan berdekatan Tambak Johor. Oleh itu, Pusat Transit Gelandangan ini perlu dibina di kawasan bandar.
Iklan
"Gelandangan ini difahamkan bekerja tetapi mereka tidak mempunyai gaji yang cukup untuk membayar sewa rumah dan bilik yang tinggi kosnya di Johor Bahru,"katanya ketika penutupan penempatan sementara gelandangan di Kem Wawasan Gunung Pulai, Kulai di sini hari ini.
Penempatan sementara gelandangan di Kem Wawasan Gunung Pulai Kulai ditutup selepas hampir dua bulan beroperasi.
Hadir sama, Pegawai Daerah Kulai Mohd Radzi Mohd Amin dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) negeri, Mohamad Hapil.
Iklan
Menurut Zaiton, Kem Wawasan Gunung Pulai secara rasmi ditutup pada Ahad lalu selepas hampir dua bulan beroperasi sebagai penempatan sementara bagi 248 gelandangan.
Katanya, daripada angka tersebut seramai 37 gelandangan mendapat pekerjaan sebagai buruh kasar hasil daripada penjodohan kerja yang dilakukan JKM bersama para majikan di negeri ini.
"Selebihnya ada dihantar ke pusat jagaan di bawah JKM dan badan bukan kerajaan ( NGO) dan diambil oleh waris untuk dijaga.
"Ada dihantar pulang ke pangkuan keluarga mereka yang tinggal di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak," katanya.
Menurutnya, seramai 428 anggota daripada 15 agensi antaranya JKM, Majlis Perbandaran Kulai, Pejabat Kesihatan, PDRM, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela terlibat sepanjang pengoperasian penempatan sementara di kem tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>