Covid-19: Vietnam kekalkan sifar kes baharu jangkitan tempatan

Iklan
Setakat ini, seramai 8,182 kontak pesakit atau yang pulang dari kawasan terjejas wabak sedang dikuarantin di hospital, di rumah dan pusat kuarantin.

HANOI - Vietnam berjaya mengekalkan sifar kes baharu jangkitan tempatan selama 54 hari berturut-turut setakat Selasa pagi, lapor agensi berita Vietnam (VNA) memetik Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19.

Daripada jumlah keseluruhan 332 kes, 192 adalah kes import dan yang dikuarantin semasa ketibaan.

Iklan
Iklan

Sebanyak 316 daripada 332 pesakit disahkan sembuh dan tiada kematian dilaporkan.

Juruterbang Britain berusia 91 tahun, yang menerima rawatan di Hospital Cho Ray, di Ho Chi Minh, menunjukkan perkembangan positif, kata Ketua Jabatan Pemeriksaan dan Rawatan Perubatan Kementerian Kesihatan Awam Profesor Madya Dr Luong Ngoc Khue.

Iklan
Iklan

Setakat ini, seramai 8,182 kontak pesakit atau yang pulang dari kawasan terjejas wabak sedang dikuarantin di hospital, di rumah dan pusat kuarantin. - Bernama