Suami, isteri ditahan kes pecah rumah
Iklan
PASIR PUTEH – Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Semerak dalam serbuan ke atas sebuah rumah di perkampungan nelayan, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdu Rozak Muhammad berkata, dalam serbuan pada 4.30 pagi itu, pelbagai barangan termasuk rantai emas, telefon bimbit, jam tangan berjenama yang kesemuanya bernilai lebih RM24,000, turut dirampas.