Tujuh pemandu mabuk ditahan
Iklan
Anggota trafik senang menjalankan ujian kandungan alkohol ke atas pemandu kenderaan.
PETALING JAYA – Seramai tujuh lelaki ditahan dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, penahanan kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 51 tahun itu turut melibatkan pemeriksaan ke atas seramai 375 pengguna jalan raya dan 360 kenderaan.
Iklan
Iklan
Pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi bermula pada jam 11 malam hingga 3 pagi.
"Fokus utama operasi ini bertujuan untuk membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol sekali gus membahayakan keselamatan dan menyebabkan kematian orang lain,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Iklan
Beliau berkata, hasil tinjauan menunjukkan masih ramai pengguna jalan raya memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Kesemua individu yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>