RM1,000 untuk pemenang jenama semula bangunan UMNO Selangor

Iklan
Poster dimuat naik di Facebook berhubung pertandingan penjenamaan semula bangunan UMNO Selangor hari ini.

SHAH ALAM - UMNO Selangor menawarkan RM1,000 dan sijil penghargaan kepada pemenang utama bagi Pertandingan Penjenamaan Semula Bangunan UMNO Selangor.

Kenyataan dimuat naik di Facebook UMNO Selangor memaklumkan penyertaan itu terbuka kepada semua peringkat umur dan bangsa dengan keutamaan kepada rakyat di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, penyertaan itu wajib dilengkapi dengan profil dan penceritaan nama baharu seperti yang dicadangkan.

"Setiap penyertaan perlu disertakan butiran penuh peribadi untuk rujukan panel juri.

Iklan
Iklan

"Tarikh tutup penghantaran pada 19 Jun ini dan penyertaan boleh dihantar melalui e-mel umnosel@gmail.com," katanya.