KUALA LUMPUR - Hubungan ekonomi dua hala Malaysia yang kukuh dengan Hong Kong akan meletakkan asas kukuh untuk kerjasama pada masa depan, terutama dalam bidang perkhidmatan kewangan, logistik serta inovasi dan teknologi, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.
Dalam satu kenyataan hari ini, menteri itu berkata, Hong Kong terus menjadi satu daripada rakan perdagangan utama Malaysia dan sumber pelaburan langsung asing.