Kedai gunting rambut sudah boleh operasi mulai 10 Jun

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

PUTRAJAYA - Perkhidmatan guntingan dan dandanan rambut serta kecantikan dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini susulan sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang berjumlah RM13.5 bilion setahun.

Iklan
Iklan

"Sektor ini juga melibatkan 74,500 tenaga kerja dari 16,728 perniagaan yang berdaftar.

"Antara aktiviti yang dibenarkan termasuk guntingan dan cucian rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, merias dan merawat kuku serta cucian dan rawatan muka," katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini hari ini. - Bernama

Iklan
Iklan