860,000 orang dijangka menganggur tahun ini
Iklan
PUTRAJAYA - Kadar pengangguran di negara ini dijangka akan meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang penganggur sepanjang tahun 2020.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan mengambil kira situasi yang mencabar ini, ekonomi Malaysia dijangka menguncup pada suku kedua tahun ini berikutan usaha pembendungan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang masih dijalankan di peringkat global dan dalam negara.