Khalid Samad ucap tahniah Shahruddin berani pertahan prinsip
Iklan
SHAH ALAM – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad kagum atas prinsip dipertahankan oleh Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh melalui peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.
Menurutnya, walaupun Shahruddin antara pemimpin yang paling rapat dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pernah menjadi Setiausaha Politiknya semasa Muhyiddin menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, namun hubungan rapat itu tidak menjadi halangan untuk pemimpin tersebut tetap bertindak sedemikian.