Abdul Latif dilantik Ketua Pengarah Kastam
Iklan
PUTRAJAYA - Datuk Abdul Latif Abdul Kadir dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Seri Paddy Abd Halim yang bersara wajib, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Abdul Latif, 59, yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 1985 dengan jawatan pertama disandangnya sebagai penguasa kastam di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa dan Pematuhan).