172 juruterbang, 111 kru, 50 jurutera bakal diberhentikan AirAsia
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai lebih 300 pekerja AirAsia Bhd bakal dihentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat penerbangan tambang murah itu dalam usaha pengecilan operasi susulan daripada situasi sukar akibat wabak koronavirus (Covid-19).
Memetik laporan Astro Awani, pemberhentian yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Riad Asmat dalam sesi taklimat dalaman tengah hari tadi, dijangka melibatkan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera.