Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan

Iklan
Dr Shahrudin Md Salleh

KUALA LUMPUR - Datuk Dr Shahrudin Md Salleh mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuatkuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Shahrudin menegaskan beliau telah melakukan tindakan politik yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

"Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dari kerajaan PN," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - 'Saya sedia tinggalkan PN demi survival Bersatu'

Iklan

Pada 1 Jun lalu, beliau ada mengeluarkan kenyataan bersedia melepaskan jawatannya di dalam kerajaan dan meninggalkan PN jika tindakan itu dapat mengukuhkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).

Katanya, ia dilakukan demi rasa sayangnya kepada parti dan ingin melihat pengukuhan parti dan dapat memberikan sepenuhnya tumpuan kepada Bersatu.

Iklan

Beliau berkata, beliau begitu menyayangi parti dan tidak mahu melihat Bersatu lemah kerana berpecah-belah serta berlaku serang menyerang yang memalukan.