Armada gesa siasatan ke atas Guan Eng
Iklan
SUBANG JAYA - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis susulan laporan sebuah portal yang mengaitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Ketua Armada Subang Jaya merangkap Exco Armada Selangor, Haszrilhafizi Mohayan berkata, portal terbabit mendakwa Guan Eng pernah meminta Tommy membatalkan arahan pembekuan melibatkan beberapa akaun bank milik seorang 'bos hartanah' yang sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).