Segerakan tindakan tegas terhadap pemandu mabuk

Iklan
Dr Noraini Ahmad

SHAH ALAM - Wanita UMNO mahu satu tindakan tegas diambil segera bagi membendung isu pemandu mabuk yang kini semakin membengkak menjadi barah.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, perkara tersebut secara tidak langsung memperlihatkan pemandu mabuk sebagai pembunuh dan perlu dibendung segera.

Iklan
Iklan

"Justeru, Wanita UMNO mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk membuat kajian semula terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) khususnya Seksyen 41 hingga 45 mengenai hukuman terhadap mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah atau memandu secara melulu dan merbahaya.

"Walaupun negara sedang berusaha menangani pandemik koronavirus (Covid-19) namun isu pemandu mabuk ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia sudah mula mendatangkan rasa marah dan tidak puas hati rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, akta tersebut perlu ditambah baik bagi membendung permasalahan berkaitan pemandu mabuk yang seakan-akan tidak takut dengan undang-undang yang mungkin dirasakan kurang tegas.

"Dengan penambahbaikan akta ini diharapkan ia dapat memberi pengajaran serta menghindarkan gejala pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah, demi kepentingan rakyat khususnya pengguna jalan raya," katanya.

Iklan