Teruskan PKPB sehingga hujung bulan Jun, kata PERDIM
Iklan
Pekerja sebuah kedai aksesori telefon bimbit melakukan persiapan untuk memulakan operasi perniagaan. -Foto Bernama
[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berpendapat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal berakhir pada 9 Jun ini wajib diteruskan hingga ke akhir bulan sebagai langkah berjaga-jaga dalam memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19).
Menurutnya, Perdim masih belum boleh berpuas hati berikutan belum lagi dapat membuat ukuran sebenar jangkitan selepas sambutan Aidilfitri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak baru-baru ini.
Iklan
Iklan
"Apa pun terima kasih rakyat Malaysia yang saya kira lebih prihatin jika dibandingkan dengan negara lain. Kita juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi lain membantu.
"Hasilnya, telah kelihatan cahaya kejayaan daripada usaha bersama serta komitmen diberikan rakyat dalam mematuhi arahan di samping mengawal diri dengan matlamat memutuskan rantaian Covid-19.
Iklan
"Ini jelas apabila tujuh hari berlalu dengan sifar kematian dan nisbah pesakit yang pulih meningkat,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya sama ada perkembangan positif ini menandakan sekarang masa yang sesuai untuk mengambil pendekatan lebih fleksibel dalam meneruskan pelbagai kegiatan termasuk ekonomi, pendidikan dan sebagainya, Ahmad Shukri menegaskan, Malaysia masih belum boleh menarik nafas lega.
Iklan
"Kita perlu terus berdisiplin dan usaha menjaga diri dengan menggunakan topeng muka, cuci tangan dengan sabun atau sanitizer dan menjaga jarak selain terus berada di rumah melainkan ada urusan penting. Ini kerana wabak boleh merebak semula sekiranya rakyat tidak berdisiplin.
"Kerajaan juga perlu bertegas dalam usaha menyaring pendatang asing yang mempunyai dokumen. Ketegasan ini adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia dan tiada kena-mengena dengan isu hak asasi manusia,” kata beliau sambil menambah belum tiba masanya untuk kerajaan memikirkan tentang kelonggaran.
Dalam pada itu, Ahmad Shukri mencadangkan KKM memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan merah selain meneruskan usaha disinfeksi bagi mengawal penularan virus pembunuh tersebut.
Selain itu, beliau turut menekankan pentingnya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pendatang tanpa izin yang berkeras tidak mahu disaring, lebih buruk mereka cuba melarikan diri dari hospital dan pusat kuarantin.
Katanya, kedutaan negara luar juga harus menyumbang untuk menampung kos pengurusan rakyat mereka bagi mengelakkan kerajaan terus menanggung beban.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT