KKM bentang SOP operasi Taska kepada MKN esok

Iklan
Pihak taska perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah diperhalusi berhubung operasi Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selepas kelonggaran sektor ekonomi dibuka maka ramai golongan ibu bapa memerlukan perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka di Taska.

Iklan
Iklan

"Begitupun, KKM akan menitikberatkan isu keselamatan di Taska dan memberi keutamaan kepada kanak-kanak yang ibu bapa mereka berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan KKM.

"Malah kita juga akan melihat bagaimana untuk meningkatkan Taska di hospital-hospital di bawah KKM,” katanya pada sidang akhbar harian mengenai perkembangan koronavirus (Covid-19) di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa sehingga kini, KKM telah mempunyai sebanyak 112 Taksa di hospital seluruh negara dan bakal meningkatkan lagi jumlah tersebut kepada 146.

Katanya, selepas jumlah Taska tersebut ditingkatkan, operasinya juga diharapkan dapat beroperasi secara dua syif memandangkan pegawai barisan hadapan bekerja secara syif.

Iklan

"Kalau boleh anak-anak duduk di rumah lebih baik bagaimanapun jika tiada orang yang menjaga maka kita akan khaskan penjagaan di Taska hospital.

"Jika ruang di hospital tidak cukup atau tiada Taska di hospital tertentu maka kita nasihatkan pengusaha Taska untuk memberi keutamaan kepada warga KKM untuk menempatkan anak-anak mereka.

"Kita juga akan menitikberatkan SOP pergaulan kanak-kanak agar tidak terbuka bererti setiap guru Taska perlu kekal dengan kumpulan masing-masing dan tidak bergaul secara bebas,” katanya.