Covid-19: Kes jangkitan, kematian di Timur Tengah meningkat

Iklan
Seorang wanita berusia 56 tahun yang baharu pulang dari Singapura disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam.- Foto 123RF

ANKARA - Wabak koronavirus (Covid-19) terus meragut nyawa di negara Timur Tengah pada Ahad ketika jumlah kematian di seluruh dunia menghampiri 372,000, lapor agensi berita Anadolu.

Arab Saudi mengesahkan 23 lagi kematian sementara tiga korban dilaporkan di Maghribi.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata, dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 1,877 kes baharu didaftarkan menjadikan jumlah keseluruhan 85,261.

Angka korban pula berjumlah 503 orang manakala 62,442 pesakit sembuh.

Iklan

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Maghribi mengatakan kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada 7,783 selepas tiga lagi jangkitan baharu direkodkan.

Seramai 11 pesakit pulih menjadikan keseluruhan seramai 5,412 orang.

Iklan

Maghribi setakat ini mencatatkan 205 kematian.

Di Mesir pula seramai 959 pesakit meninggal dunia dengan 46 lagi kes kematian baharu dilaporkan manakala kes disahkan mencecah hampir 25,000.

Tiga lagi korban dilaporkan di Yaman, menjadikan seramai 80 orang maut akibat wabak itu, sementara jumlah kes disahkan meningkat kepada 323.

Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, Covid-19 sudah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah.

Amerika Syarikat, Brazil, Rusia dan beberapa negara Eropah paling teruk diancam.

Wabak maut itu juga sudah meragut lebih 371,995 nyawa di seluruh dunia, lebih 6.1 juta kes disahkan sementara 2.64 juta pesakit pulih, menurut data Johns Hopkins University. - Bernama