Premis perniagaan di Pulau Pinang tidak ikut SOP akan ditutup
Iklan
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis perniagaan yang ingkar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa menjalankan perniagaan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo berkata, pihaknya akan mengarahkan penutupan terus premis-premis perniagaan di negeri ini yang tidak mematuhi SOP ditetapkan.