Perikatan Nasional wujudkan Majlis Presiden PN
Iklan
Tuan Ibrahim (empat dari kiri) melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
ALOR SETAR - Parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju mewujudkan majlis tertinggi dinamakan Majlis Presiden PN bagi menentukan hala tuju politik yang lebih baik.
Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberitahu bahawa kesemua parti sebulat suara bersetuju dengan majlis tersebut yang dianggotai oleh presiden-presiden parti.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, saya nak maklumkan sedikit bahawa kita telah ada majlis tertinggi iaitu Majlis Presiden PN.
"Kita telah setuju, yang pertama wujudkan Majlis Presiden, yang mana melibatkan semua presiden-presiden parti," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan hormat beliau selaku Menteri Alam Sekitar dan Air ke atas Menteri Besar Kedah baharu, Muhammad Sanusi Md Noor di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Iklan
Berhubung krisis kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tuan Ibrahim secara prinsipnya melihat isu tersebut tidak sesekali menjejaskan hubungan antara parti dalam PN.
Apa yang penting katanya, kesemua parti juga turut bersetuju akan memberi keutamaan terhadap sebarang perkara melibatkan pentadbiran kerajaan Pusat dan negeri berbanding isu politik, apatah lagi dalam keadaan negara berdepan situasi koronavirus (Covid-19).
Iklan
Beliau berkata, ia juga selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu merasmikan Parlimen baru-baru ini supaya mana-mana pihak tidak mencetuskan gelombang politik dalam situasi rakyat menderita dan menyelesaikan masalah sosial.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>