Padah menyamar anggota Imigresen
Iklan
KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat lelaki tempatan yang disyaki menyamar sebagai anggotanya di Putrajaya.
Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan itu, M. Saravana Kumar berkata, kesemua suspek berusia 27 hingga 34 tahun ditahan semalam selepas berurusan dengan seorang majikan.
Iklan
Iklan
"Siasatan awal mendapati suspek telah menjalankan operasi haram serta menangkap pekerja asing sebelum meminta atau menerima suapan daripada majikan pekerja. Suapan adalah bagi bayaran melepaskan pekerja asing itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihaknya percaya kumpulan ini telah melakukan kegiatan ini beberapa kali dan modus operadinya adalah dengan menyasarkan kedai runcit.
Iklan
"Mereka juga akan menggunakan peralatan seperti gari dan baju seumpama anggota Imigresen selain majikan akan diarahkan untuk berjumpa mereka di jalan sekitar pejabat Imigresen untuk urusan melepaskan pekerja asing.
Beliau berkata, kesemua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>