Penternak rugi RM28,000 kambing boer mati diracun
Iklan
Gambar hiasan.
KOTA BHARU - Seorang penternak kerugian kira-kira RM28,000 selepas 40 ekor kambing baka boer miliknya mati dipercayai akibat diracun di Kampung Keladang, Salor di sini semalam.
Penternak, Rahimie Ibrahim, 50, berkata dia menyedari perkara itu ketika meninjau kawasan padang ragut tempat kambingnya dilepaskan kira-kira jam 5 petang semalam.
Iklan
Iklan
Rahimie berkata, pada awalnya dia hairan kerana tidak ternampak kelibat kambingnya di kawasan itu tetapi selepas meninjau lebih dekat mendapati puluhan kambingnya sudah mati.
"Saya percaya kesemua kambing baka boer ini mati selepas memakan dedak yang dicampur dengan racun oleh pihak tidak bertanggungjawab. Hanya dua ekor anak kambing yang terselamat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Iklan
Susulan kejadian itu, Rahimie berkata dia membuat laporan polis di Balai Polis Nilam Puri di sini semalam.
Saya beli padang ragut sejak 20 tahun lepas dan menjalankan aktiviti pertanian di kawasan ini sejak sekian lama, namun kematian ternakan adalah kali pertama berlaku.
Iklan
"Saya harap polis dapat jalankan siasatan terperinci dan menahan pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan khianat ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>