Covid-19: Tiada laporan rasmi rakyat Malaysia maut di US
Iklan
PUTRAJAYA - Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) berhubung rakyat Malaysia yang dijangkiti atau meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19) di negara itu, menurut Wisma Putra.
Kementerian Luar atau Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia mengambil maklum laporan agensi berita tempatan berbahasa Inggeris pada hari ini berhubung dakwaan kematian 10 orang rakyat Malaysia di New York kerana Covid-19 serta terdapat 30 rakyat Malaysia yang dijangkiti wabak itu.