NS catat 1,138 kes demam denggi
Iklan
S Veerapan
SEREMBAN - Sebanyak 1,138 kes demam denggi direkodkan di Negeri Sembilan dari Januari sehingga 23 Mei lalu iaitu meningkat sebanyak 11.6 peratus atau 118 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
Exco Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, sebanyak 64 kes direkodkan dalam tempoh 17 Mei sehingga 23 Mei lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Seremban mencatatkan kes tertinggi iaitu 937 kes diikuti Port Dickson (48) dan Rembau (47).
"Ia diikuti 38 kes di daerah Tampin, Jempol (33), Kuala Pilah (19) dan Jelebu (16).
Iklan
"Terdapat satu kes kematian dilaporkan di daerah Seremban menjadikan kumulatif kematian denggi sebanyak empat kes sehingga 23 Mei berbanding lima kes pada tempoh yang sama tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, terdapat 23 lokaliti wabak yang masih aktif iaitu 21 di daerah Seremban, satu di daerah Rembau dan Kuala Pilah.
Iklan
Beliau berkata, walaupun masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, namun aktiviti pencegahan dan kawalan tetap diteruskan seperti biasa.
"Hanya operasi gempur aedes dan gotong-royong yang melibatkan pihak masyarakat telah ditangguhkan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>